12 Fungsi Menarik Google yang Mungkin Anda Belum Ketahui


Google, sudah tidak asing lagi dengan kita semua sejak dahulu lagi. Ianya bukan sahaja sebagai ejen carian tetapi Google juga mempunyai pelbagai fungsi menarik yang boleh digunakan. Ada pelbagai fungsi Google yang mungkin tidak ketahui oleh orang ramai dan malahan ada juga yang sudah ketahui dan telah mencuba fungsi tersebut.

 Hari ini Faiq nak kongsikan 12 Fungsi Menarik yang ada di Google yang mungkin belum diketahui oleh anda semua. Antaranya: 


1. Menjadi Sebagai Kalkulator 


Untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu menulis "Cal" di ruangan carian. Anda boleh membuat pengiraan terus dengan hanya menekan "enter".


2. Site


Fungsi ini sering digunakan, tapi bagi sesetengah pengguna jarang menggunakan cara dengan meletakkan perkataan "site" dihadapan bagi membuat carian. Dengan cara ini google akan membuat carian site sahaja.


3. Boleh Membuat Semakan Mata Wang


Mungkin fungsi ini sudah tidak asing lagi bagi semua orang kan? Anda hanya perlu menaip jumlah beserta mata wang yang diinginkan. Sebagai contoh "RM100 to USD".


4. Boleh Membuat Semakan Masa Diseluruh Dunia


Fungsi seperti ini juga tidak asing lagi buat semua. Hanya taip nama negara yang kita ingin tahu waktunya sahaja. Contoh : "masa di Paris".


5. Membuat Penukaran Unit Suhu Dari Celcius (F) ke Fahrenheit (F)


Fungsi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk penukaran unit suhu sahaja, tetapi untuk penukaran unit ukuran juga boleh. Sebagai contoh, 35C to F, 100m to CM.


6. Mencari File Secara Spesifik


Fungsi ini sangat membantu bagi sesiapa yang ingin membuat carian berbentuk file seperti PDF,Doc atau PPT untuk menyiapkan kerja dan mencari informasi yang boleh dipercayai. Taip "(nama fail)pdf" atau "(nama fail)doc".


7. Membuat semakan cuaca


Bagi yang ingin mengetahui cuaca sesuatu tempat, fungsi ini sangat membantu memberi maklumat mengenai cuaca di sesuatu tempat dengan cepat. Hanta taip "cuaca Paris" ia akan keluar.


8. Melihat Data Populasi Penduduk Disesebuah Negara atau Tempat


Fungsi ini dapat membantu anda yang ingin mengetahui jumlah penduduk disesebuah negara atau tempat. Sebagai contoh, anda taip "penduduk Malaysia".


9. Menjadi Kamus Segera


Google juga boleh dijadikan sebagai kamus segera dengan hanya menaip "define pandemic".


10. Dapatkan Maklumat Google


Mesti ramai yang dah tahu tentang Googe kan? Google bukan sahaja menjadi salah satu ejen carian tetapi Google juga mempunyai pelbagai fungsi yang menarik yang dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Dengan hanya menaip "Google" di ruang carian.


11. Pelbagai Google Trick yang Menarik


Seperti yang umum telah ketahui, Google menjadi ejen carian terbesar dan paling banyak digunakan. Google memproses lebih 10 bilion carian setiap hari. Sama ada anda mencari maklumat atau pelbagai resepi. Bukan itu sahaja, Google juga mempunyai pelbagai muslihat dan permainan yang tersembunyi. Berikut antara trick yang ada di Google :

  • Do a Barrel Roll
  • Atari Breakout
  • Askew
  • Recursion
  • Google Gravity
  • Google Pac-Man
  • Friends
  • Zerg Rush
  • Google Snake Game
  • Google Gravity Underwater

12. Mengetahui Jarak Sesuatu Tempat


Fungsi kali ini mesti ramai sudah tahu. Anda boleh jadikan Google sebagai alat untuk mengetahui sesuatu tempat dengan hanya menaip "Selangor to Penang".


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Ye betul. Rawlins banyak kali buat carian, memang pakcik Google la menjadi tempat bertanya. Now makin banyak boleh buat ye

    BalasPadam
  2. Bab google trick tu baru tahu. Marsha memang guna google ni segalanya sebab memudahkan sangat-sangat.

    BalasPadam
  3. banyakk juga ya fungsi google.. br gue tahu hehhe.. mmg kalau buat carian selalu ke google jer

    BalasPadam
  4. Okay bab calculator macam baru tahu..sebelum ni rasa kalo converter mmg kita google kan aja..haha

    BalasPadam
  5. Dalam banyak-banyak fungsi google yang akak guna. Paling akak kagum adalah Google Earth. Akak tunjuk kat anak akak. Dia punya seronok. Macam akak memula dulu explore Mekah, Iceland, Safari dan negara lain. Sekarang, Google Classroom, Google Meet pula fav. Senang masuk kerja sekolah. Cikgu pun live bleh cek progress pelajar. Terima kasih google. Hahhaa.

    BalasPadam
  6. Yup dulu Sis pun tak tau, lepas tu anak ajor baru tau hehehe.. kalau tak memang bukak handphone semua, now ngadap laptop, semua boleh buat..

    BalasPadam
  7. google trick tu best boleh suruh google guling-guling pusing-pusing haha

    BalasPadam
  8. bab semakan duit tu kaella selalu tengok heheh

    BalasPadam
  9. tak pernah lagi lah try tukar suhu! haha

    BalasPadam
  10. Terbaik. Info2 yg bagus sekali

    BalasPadam